Pengepungan Baitulmuqaddis (oct 1, 636 – jan 1, 0)
Description:
Pengepungan Baitulmuqaddis, Nov 636
Pengepungan Baitulmuqaddis merupakan sebahagian daripada persengketaan antara Empayar Byzantine (juga dikenali sebagai Rum) dan Kekhalifahan al-Rasyidin yang berlangsung pada tahun 637 M. Ia bermula apabila tentera al-Rasyidin, di bawah perintah Abu Ubaidah bin al-Jarrah, mengepung Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada bulan November 636. Selepas enam bulan, Patriarch (bapa) Sophronius bersetuju untuk menyerah kalah dengan syarat beliau hanya akan menyerah diri kepada khalifah al-Rasyidin. Pada bulan April 637, Khalifah Umar bin al-Khattab sendiri pergi ke Baitulmuqaddis untuk menerima penyerahan kalah kota tersebut.
Penaklukan kota Baitulmuqaddis oleh Muslim mengukuhkan penguasaan Arab terhadap Palestin; penguasaan yang tidak dicabar sehinggalah Perang Salib Pertama pada lewat abad ke-11 M. Baitulmuqaddis merupakan tanah suci bagi penganut-penganut agama Islam, Kristian dan Judaisme dan penklukan ini menstabilkan Palestina Prima, satu wilayah Empayar Byzantine di Palestin. Pemberontakan Yahudi menentang maharaja Heraclius yang bermula pada tahaun 613 berakhir dengan penaklukan Baitulmuqaddis oleh angkatan tentera Parsi Empayar Sasan bersama-sama tentera Yahudi dan penubuhan daerah autonomi Yahudi. Pemberontakan dan kuasa autonomi selama 15 tahun itu berakhir apabila pihak Parsi meninggalkan Palestina dan berlakunya pembunuhan orang Yahudi beramai-ramai oleh Yunani Byzantine pada tahun 629.
Berikutan penaklukan Baitulmuqaddis oleh Muslim, orang Yahudi dibenarkan tinggal semula di kota itu dan mengamalkan agama mereka dengan lebih kebebasan, lapan tahun selepas mereka disembelih oleh orang Byzantine, dan hampir 500 tahun selepas mereka diusir dari Judea oleh Empayar Rom
Added to timeline:
Date: