33
/
AIzaSyAYiBZKx7MnpbEhh9jyipgxe19OcubqV5w
August 1, 2025
2357721
631310
2

Zainab binti Jahsy (Pinangan anak angkat) (mar 27, 627 – jul 1, 641)

Description:

(kk. 590 – 641) ialah sepupu[1] dan isteri Muhammad

622 - suami pertama meninggal
625-626 Disember . - Perkahwinan dengan Zaid Harithah
27 Mac 627 - Iddah tamat , nikah Nabi


Kehidupan Awal
Bapa Zaynab ialah Jahsy ibn Riyab, seorang penghijrah dari kaum Asad ibn Khuzayma yang menetap di Makkah di bawah perlindungan Bani Umaiyah. Ibu Zainab pula ialah Umamah binti Abdul Mutalib, ahli Bani Hashim dari kaum Quraisy dan saudara perempuan kandung kepada bapa Nabi Muhammad.[3] Maka, Zainab dan lima beradiknya ialah sepupun Nabi Muhammad.

Nama suaminya dari perkahwinan pertama tidak diketahui, tetapi dia meninggal pada tahun 622.[4] Pada masa itu, Zainab yang telah memeluk Islam, adalah salah seorang yang menemani saudaranya Abdullah berhijrah ke Madinah.

Perkahwinan Kedua
Sekitar tahun 625, Nabi Muhammad meminang Zainab untuk dikahwinkan dengan anak angkat baginda, Zaid bin Harithah. Zaid telah dilahirkan ke dalam Bani Kalb tetapi ketika kecil, beliau telah diculik oleh pedagang hamba. Beliau telah dijual kepada anak saudara Khadijah binti Khuwailid, yang kemudian memberinya sebagai hadiah perkahwinan kepada suaminya, Muhammad. Selepas beberapa tahun, baginda membebaskan Zaid dan menjadikan beliau sebagai anak angkat.[6]

Zainab, yang disokong abangnya Abdullah, pada mulanya menolak peminangan tersebut atas dasar, "Saya adalah balu orang Quraisy."[7] Mereka mungkin merujuk yang status sosial Zainab yang terlalu tinggi untuk dikahwinkan dengan seornag bekas hamba. Ibnu Kathir menyatakan bahawa perbezaan inilah yang menyebabkan Muhammad mahu perkahwinan ini diatur:

"Rasulullah S.A.W tahu benar yang kedudukan seseorang di sisi Allah lebih penting, berbanding kedudukannya di mata manusia ... perkahwinan mereka akan menunjukkan bahawa tidak kira siapapun nenek moyang mereka, kedudukan di sisi Allah itu lebih utama."[8]
Juga dikatakan yang baginda mahu menjalinkan kesahihan dan hak untuk mereka yang menjadi keluarga angkar agar dilayan sama.[9] Menurut, William Montgomery Watt, kedudukan Zaid adalah tinggi pada pandangan Nabi Muhammad.

"Beliau tidak rasakan yang Zaid itu tidak cukup bagus. Beliau ialah seorang wanita yang berwawasan, namun, mungkin beliau berhasrat untuk dikahwini oleh Muhammad; atau dia mahu dikahwinkan dengan seseorang yang Muhammad tidak mahu keluarga lelaki itu untuk begitu rapat."[10]




Muhammad secara rasminya telah berkahwin dengan pengantinnya sendiri selepas perletakan ayat ini.[19][20] Baginda menikahi Zainab sebaik selepas iddahnyua tamat iaitu pada 27 Mac 627.[21] Kemudian, status keluarga angkat tidak lagi sama bawah fahaman Islam seperti sebelumnya. Zaid pula mengubah namanya yang pernah diubah iaitu "Zaid bin Muhammad" kembali kepada Zain bin Harithah

Added to timeline:

2 months ago
0
0
2231

Date:

mar 27, 627
jul 1, 641
~ 14 years