may 28, 630 - Penyerahan Thaif
Description:
Ramadhan tahun ke 9H
Akhirnya Nabi Muhammad mengugut untuk membakar dan memusnahkan pohon anggur dan Baginda memberi tawaran kepada ketua Bani Hawazin untuk memeluk Islam dan berjanji untuk melepaskannya daripada tahanan dan memulangkan harta bendanya. Malik bersetuju dan terus berperang dengan penduduk Thaif serta merampas binatang ternakan orang Thaif. Dengan cara ini sahaja dapat menyulitkan keadaan buat penduduk Thaif dan dapat memujuk mereka supaya menyerah diri. Dalam pada itu, penduduk Thaif, menghantar utusan ke Madinah dan meminta agar mereka masih boleh menyembah Tuhan mereka namun Baginda tidak menerima tawaran dan berkata bahawa Baginda hanya akan menerima penyerahan diri sekirannya mereka memeluk Islam dan membenarkan orang Islam memusnahkan patung berhala dan kuil mereka. Akhirnya Bani Thaqif bersetuju dengan syarat-syarat yang dikenakan, mereka menyerahkan Kota Thaif dan membenarkan orang Islam untuk memusnahkan kuil mereka pada bulan Ramadhan tahun ke 9 Hijrah.
Added to timeline:
Date: