jun 3, 1899 - Muhammad Abduh umum perbankan
riba adalah HALAL
Description:
Sebenarnya, perlantikan Muhammad Abduh sebagai Mufti Mesir adalah hasil dari pengaruh Lord Cromer. Pada 1898, ketika Rothschild menubuhkan Bank Negara Mesir, pada masa yang sama juga Majlis Ulamak Al-Azhar telah mengumumkan fatwa sistem perbankan riba yg diamalkan oleh bank-bank di Mesir adalah haram.
Kenyataan rasmi fatwa ini berlawanan dgn kaedah perniagaan Rothschild, maka bagi mengkaburi umat Islam dan melawan fatwa ini, Lord Cromer dengan kuasanya telah melantik sahabatnya Muhammad Abduh sebagai Mufti Mesir.
pada 1899, Muhammad Abduh secara rasminya mengumumkan bahawa sistem perbankan riba adalah HALAL
----------------------------------
ROTHSCHILD MENYEBARKAN PINJAMAN BANK
Apabila seluruh rakyat Mesir telah mengguna-pakai wang kertas maka bank-bank mula melakukan bisnes kotor iaitu menawarkan pinjaman dgn faedah kpd org2 awam, persatuan, peniaga2 kecil serta badan-badan kerajaan.
Dengan berlakunya lambakan situasi tersebut maka timbullah isu baru dalam dunia perundagan Islam Mesir berkaitan riba bank, dan sebagainya. Banyak perdebatan berlaku dikalangan ulama dan terdapat banyak pandangan dalam isu tersebut.
Bagi memastikan orang2 Islam Mesir mengambil dan mengguna pakai pinjaman riba ini, agen-agen Rothschild di pentadbiran kerajaan Mesir mula memilih ulama-ulama sekular yg cenderung ke arah pemikiran barat dan boleh dipergunakan untuk kepentingan bank. Jadi, ulama manakah yg boleh bersetuju dgn riba ini kerana ia jelas haram?? Untuk memastikan perancangan berjalan rapi, Rothschild melalui agen-agennya di Mesir sudah pun mempunyai stok ulama khusus dalam hal ini. Maka Rothschild memilih ulama2 Al-Azhar yang menyertai organisasi Freemason di Mesir. Ketika itu, ada tiga ulama terkenal yg menyertai Freemason iaitu Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Rida.
=========================================
FATWA ULAMA FREEMASON MENGHALALKAN RIBA
Ulama pertama yg dipercayai mengeluarkan fatwa Riba menghalalkan riba bank atas keadaan-keadaan tertentu ialah Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Rida. Fatwa itu dikeluarkan pada 1904.
Kesan dari fatwa yg tidak bertanggungjawab itu, maka ramailah ulama2 kontemporari dari seluruh dunia Islam terpengaruh, tambahan pula pada waktu tersebut, dunia Islam dilanda pengaruh Kaum Muda yang mempunyai ciri-ciri fahaman Wahabi di seluruh dunia.
Ia adalah saat yang menggemparkan ulama-ulama Islam dari seluruh dunia. Ia seolah-olah satu pertembungan pendapat antara golongan ulama muda yg ekstrem menagih pembangunan sosial dengan ulama pondok yg sudah berpengalaman dengan taktik Freemason.
Ulama seluruh dunia tahu bahawa fatwa tersebut adalah ''berat'' dan terselindung pelbagai helah kerana Sheikh Muhammad Abduh dan gurunya, Sheikh Jamaluddin Al-Afghani (kelahiran Iran) adalah ahli Freemason di Kaherah yang bersekongkol dengan Illuminati.
Malah Khalifah Uthmaniyah ketika itu, Sultan Abdul Hamid menggelarkan Sheikh Jamaluddin Al-Afghani sebagai ''pelawak'' di dalam buku log baginda. Gelaran ''penghinaan' itu diberikan berikutan baginda telahpun mengetahui bahawa Jamaluddin adalah perisik British dan sedang berkomplot menjatuhkannya dengan cara menaikkan pemimpin boneka Rothshild di Mekah iaitu Sherif Hussain.
Sebenarnya, perlantikan Muhammad Abduh sebagai Mufti Mesir adalah hasil dari pengaruh Lord Cromer. Pada 1898, ketika Rothschild menubuhkan Bank Negara Mesir, pada masa yang sama juga Majlis Ulamak Al-Azhar telah mengumumkan fatwa sistem perbankan riba yg diamalkan oleh bank-bank di Mesir adalah haram.
Kenyataan rasmi fatwa ini berlawanan dgn kaedah perniagaan Rothschild, maka bagi mengkaburi umat Islam dan melawan fatwa ini, Lord Cromer dengan kuasanya telah melantik sahabatnya Muhammad Abduh sebagai Mufti Mesir.
pada 1899, Muhammad Abduh secara rasminya mengumumkan bahawa sistem perbankan riba adalah HALAL.
Dalam majalah Al-Manar keluaran gerakan Wahabi Salafi Mesir, Muhammad Abduh menyebut,
''Riba sememangnya tidak halal dalam semua hal, manakala Pejabat Pos melabur wang yg diambil daripada orang rama melalui deposit, sedangkan wang itu tidak dikira sebagai pinjaman kepada pihak pos.
Ia boleh jadi sebagai wang pelaburan seumpama syarat-syarat bagi suatu perkongsian dalam qirad.''
(Majalah Al-Manar, Vol.VI, bab18, ms 717)
---------------------------------------------------------------
Fatwa riba sebagai halal diteruskan lagi penggunaannya oleh Mufti Mesir selepas itu iaitu Shiekh Muhammad Rasyid Rida, juga seorang Wahabi Salafi dan anak murid kepada Muhammad Abduh. Perlantikan Rasyid Rida seorang warga Syria sebagai Mufti juga sudah tentu di atas restu British kerana beliau membawa fahaman fatwa yg sama. Tambahan pula, Rashid Rida bersama Muhammad Abduh dan Jamaluddin juga merupakan ahli Freemason yang berpangkat di Kaherah.
Ketiga-tiga ulama Freemason ini juga giat melancarkan fahaman menentang ulama-ulama tasawuf dan amalan-amalan tareqat yang diamalkan oleh ulama=ulama berkenaan
* (Malangnya, di dalam buku teks Sejarah Tingkatan 2, nama Jamaluddin Al Afghani dan Shiekh Muhammad Abduh ditulis sebagai pemimpin pembaharuan rakyat Mesir, sedangkan kedua-duanya adalah tali barut British-Freemason)
==========================================
SEJARAH MELINDUNGI RAHSIA INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU
Sejarah mencatatkan Shiekh Muhammad Abduh dan gurunya melalui gerakan Islam mengajak umat Islam Mesir menentang penjajahan British tetapi dalam masa yang sama, beliau menyertai Freemason Kaherah dan mengeluarkan fatwa menghalalkan riba bank sedangkan beliau sendiri mengetahui ketika itu bank-bank Rothschild sudah mula membuka cawangan di Mesir.
Sehingga kini Mesir mempunyai lebih 400 cawangan bank milik Rothschild. Adakah kedua-duanya benar2 menentang British atau ''diarah' untuk berlakon menentang British??
Adakah sejarah menipu kita atau ahli sejarah sendiri tidak pandai membaca fakta?
Added to timeline:
Date: