jan 28, 1945 - Usul Kemerdekaan serantau
Description:
Semasa pendudukan Jepun ini, Dr. Burhanuddin bekerja keras dalam usaha untuk memerdekakan Tanah Melayu bersama-sama dengan Indonesia melalui hasrat dan cita-citanya dalam ideologi politiknya melalui 'Gagasan Melayu Raya' .
24 Pada pemikiran Dr. Burhanuddin, kemerdekaan dua wilayah ini menjadi satu harapan kerana mempunyai budaya, bahasa dan agama yang sama yang merangkumi dunia Melayu. Menurut beliau, inilah peluangnya untuk mendapat kemerdekaan bersama-sama melalui bantuan pihak Jepun selepas British dan Belanda telah keluar daripada Tanah Melayu dan Indonesia. Lebih-lebih lagi pihak pemerintah Jepun bersetuju memerdekakan kedua-dua wilayah serumpun ini melalui propaganda-propaganda yang dilemparkan sebelum menjajah seluruh Asia Tenggara kecuali Siam.
25 Malah, penasihat pihak tentera Jepun bagi Asia Tenggara, Profesor Itagaki membenarkan Ibrahim berunding dengan pihak Jepun, para pemimpin politik dan nasionalis Indonesia yang diketuai oleh Sukarno. Melalui Ibrahim dan dibantu oleh Dr. Burhanuddin, pertemuan telah diatur dengan pemimpin-pemimpin Indonesia tersebut untuk membincangkan supaya Tanah Melayu dimasukkan bersama-sama dalam kemerdekaan Indonesia. Rombongan kemerdekaan telah pergi ke Indonesia pada bulan April 1945 untuk berunding bersama-sama.
Sukarno membawa usul memasukkan Tanah Melayu dalam kemerdekaan Indonesia dalam mesyuarat Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia yang dibentuk pada 28 Mei 1945.
Seterusnya pada 12 dan 13 Ogos 1945, pertemuan lebih lanjut diadakan di Taiping yang turut dihadiri oleh Dr. Burhanuddin sendiri bersama-sama Ibrahim, Sukarno dan Mohamad Hatta dalam usaha untuk membincangkan soal-soal kemerdekaan 'Indonesia Raya'.
Dalam pertemuan tersebut mereka telah berbincang, mencapai kata sepakat dan membuat perjanjian, antaranya ialah:
Kemerdekaan Tanah Melayu turut bersatu dengan Indonesia, perisytiharan kemerdekaan akan diumumkan pada penghabisan bulan itu (Ogos), dan Tanah Melayu akan menghantar lapan perwakilan delegasi ke Jakarta untuk turut mengisytiharkan kemerdekaan dan pembentukan pemerintahan sementara negara Republik Indonesia sekali dengan Tanah Melayu.
Lanjutan pertemuan itu telah memberi idea kepada Ibrahim serta Dr. Burhanuddin menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) dalam tahun yang sama
Added to timeline:
Date: