jan 1, 1953 - Jus Soli
Description:
Konflik kerakyatan jus soli timbul pada 1953 apabila pemimpin Umno, Tunku Abdul Rahman Putra bersetuju untuk menerima prinsip jus soli dalam tuntutan pilihan raya segera sebagai syarat untuk Umno membentuk pakatan politik dengan MCA, selain turut menerima janji “bantuan ekonomi kepada orang Melayu” dari MCA sebanyak RM500,000.00 sahaja. Kerana hal ini, dalam Pilihan Raya Umum 1955, seramai 199,000 imigran telah mendapat hak mengundi, iaitu 15.8 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi. Kerana menentang sikap Umno ini, PAS telah berkecuali dari National Convention tajaan Perikatan Umno-MCA pada akhir 1953. Ternyata pendirian PAS untuk menolak jus soli ini tepat apabila pengundi bukan Melayu mendadak naik kepada 43.2 peratus dalam Pilihan Raya Umum 1959, setelah kerakyatan jus soli dilaksanakan
Added to timeline:
Date: