33
/
AIzaSyAYiBZKx7MnpbEhh9jyipgxe19OcubqV5w
August 1, 2025
6653176
631310
2

may 20, 629 - Diracun Zainab bt al-Harith

Description:

Menang di Khaibar > Diracun

Ini adalah detik awal, tanda-tanda kedatangan saat kewafatan Rasulullah SAW. Sebahagian riwayat menunjukkan bahawa Rasulullah SAW mula menerima kesan racun Yahudi Khaibar yang dikatakan menjadi punca kewafatan Rasulullah.

Menurut riwayat al-Bukhari, Rasulullah SAW mengadu kepada Aisyah bahawa kesan racun yang dikenakan kepada Baginda sudah mula memberikan kesakitan. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai 'Aisyah, aku masih merasakan kesan dari makanan yang sudah aku makan pada saat di Khaibar. Inilah saatnya terputusnya nafasku disebabkan oleh racun itu." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Untuk pengetahuan, setelah berlakunya kemenangan Khaibar, seorang perempuan Yahudi bernama Zainab binti al-Harith sudah memberikan daging kambing yang beracun kepada Rasulullah SAW.

Rasulullah sempat meluahkan daging itu setelah dimaklumkan berkenaan racun tersebut. Namun seorang sahabat bernama Bisyr bin al-Barra tidak mengetahui mengenai perkara itu dan meninggal serta-merta selepas memakan daging itu.

Rasulullah SAW memanggil perempuan Yahudi itu dan bertanya mengapa dia melakukan sedemikian. Perempuan Yahudi itu menjawab bahawa tujuan dia melakukan sedemikian adalah kerana ingin menguji Rasulullah. Sekiranya benar dia seorang Nabi, maka racun itu sepatutnya tidak memberikan mudarat kepada Baginda.

Added to timeline:

3 months ago
0
0
2233

Date:

may 20, 629
Now
~ 1397 years ago