33
/
AIzaSyAYiBZKx7MnpbEhh9jyipgxe19OcubqV5w
August 1, 2025
6625365
631310
2

nov 2, 1917 - Deklarasi Balfour

Description:

2 NOVEMBER 1917-2017, MEMPERINGATI 100 TAHUN TRAGEDI DEKLARASI BALFOUR.

Kita masih lagi terkesan dengan fitnah penjajahan. Sebelum jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah secara rasmi pada 3 Mac 1924, terdapat beberapa peristiwa penting yang mendorong kepada penubuhan negara haram Israel. Antaranya adalah Deklarasi Balfour, yang menjadi pintu masuk secara rasmi kepada Yahudi Zionis untuk menceroboh Baitul Maqdis.

Pada 2 November 1917, Menteri Luar British bernama James Arthur Balfour telah menulis deklarasi yang menampakkan siapa 'tuan' sebenar British. Ia dialamatkan kepada Lord Rothschild, pelobi Zionis yang cukup berpengaruh hingga kini.

⚫️ Isi Kandungan Deklarasi.

Kementerian Luar Negara,
2 November 1917,

"Yang Terhormat Lord Rothschild,

Saya sangat bahagia mewakili pemerintah (British) untuk menyampaikan rasa simpati terhadap cita-cita Yahudi Zionis. Aspirasi ini telah dikemukakan kepada kabinet dan dipersetujui.

Bahawa pemerintah (British) memberi perhatian dengan penuh simpati untuk mendirikan tanah air nasional bagi Yahudi di Palestin. Pemerintah (British) akan berusaha sehabis baik demi merealisasikan cita-cita ini. Namun perlu dijelaskan bahawa tiada sebarang tindakan prejudis ke atas golongan selain Yahudi yang sedia ada di Palestin. Begitu juga tidak melibatkan hak dan status politik bagi Yahudi yang berada di negara-negara lain.

Added to timeline:

3 months ago
0
0
2233

Date:

nov 2, 1917
Now
~ 107 years ago