33
/
AIzaSyAYiBZKx7MnpbEhh9jyipgxe19OcubqV5w
August 1, 2025
6610546
631310
2

sep 12, 1945 - Pentadbiran Tentera British

Description:

75 tahun yang lalu (31 Mac 1946), berakhirnya pentadbiran tentera British di Tanah Melayu selepas kira-kira tujuh bulan.

Ia diisytihar tamat dengan rasminya oleh Ketua Komander Malaya Command, Lieutenant General Sir Frank M. Messervy yang mewakili Lord Louis Mountbatten, Pegawai Pemerintah Tertinggi Bersekutu South East Asia Command.

Pentadbiran Tentera British (BMA) bermula di Tanah Melayu pada 12 September 1945 setelah Jepun menyerah kalah, dibahagikan kepada 9 wilayah di mana setiap satunya diletakkan bawah kuasa Ketua Wilayah yang dilantik sendiri oleh Pegawai Pemerintah Tertinggi.

Antara matlamat BMA adalah:

1. Mengaman, memulih dan mengawal keselamatan Tanah Melayu daripada masalah perkauman dan kekurangan bekalan makanan serta keserabutan lain pasca pendudukan Jepun;

2. Menghapus penularan ideologi komunis dan kegiatannya yang digerakkan oleh Parti Komunis Malaya;

3. Mengawal pergerakan nasionalisme yang aktif dan radikal Melayu untuk membentuk Melayu Raya.

Pelbagai badan perancang yang bertanggungjawab dalam hal politik, pertahanan, perubatan, perhubungan, teknikal, perbekalan dan lain-lain dibentuk untuk memulihkan keadaan di Tanah Melayu bagi pendudukan semula British di wilayah ini.

Apabila keadaan semakin stabil, British merasakan perlu dibentuk semula sebuah kerajaan awam melihat kepada perubahan politik Tanah Melayu yang telah mula mekar digerakkan oleh orang tempatan.

Maka sejurus tamatnya pentadbiran tentera British, mereka memperkenalkan sistem pentadbiran baharu yang dipanggil Malayan Union pada 1 April 1946.

Sumber: Arkib Negara Malaysia.

Added to timeline:

2 months ago
0
0
2231

Date:

sep 12, 1945
Now
~ 79 years ago