33
/
AIzaSyAYiBZKx7MnpbEhh9jyipgxe19OcubqV5w
August 1, 2025
6604827
631310
2

dec 30, 627 - Fitnah terhadap Aisyah

Description:

Aisya 14 tahun

https://ms.wikipedia.org/wiki/Cerita_Fitnah

Syaaban 5H
Friday
Shaban 15, 5
is converted to
January 9, 627

Tercicirnya Aisyah
Semasa perjalanan pulang, mereka telah singgah di beberapa tempat persinggahan untuk berehat. Ketika itu, Aisyah telah keluar dari kawasan rombongan untuk membuang hajatnya, tiba-tiba kalung yang diperbuat dari Jas Azfar telah terjatuh, maka beliau berpatah balik semula ke tempat pembuangan hajatnya untuk mencari kalungan yang terjatuh.[2]

Pada masa yang sama, rombongan tentera tersebut telah memulakan kembali perjalanan dan sahabat yang bertanggungjawab menuntun kenderaan Aisyah mengangkat howdah atau sekedup (sejenis tandu) Aisyah itu ke atas unta tunggangannya, yang pada sangkaan mereka Aisyah sedang berada di dalam sekedup itu kerana Aisyah tidak terlalu berat. Tambahan pula, ketika itu beliau masih 14 tahun dan sekedup itu diangkat beramai-ramai. Maka, mereka tidak mengetahui ketiadaan Aisyah di dalamnya lalu terus bertolak.[3]

Selepas itu, Aisyah pulang ke tempat perkhemahan dan mendapati bahawa dia telah ditinggalkan keseorangan oleh rombongan tentera baginda. Maka, beliau duduk di tempat asalnya dengan harapan salah seorang dari ahli rombongan menyedari kehilangannya dan mencarinya di situ.[2] Beliau menunggu dalam keadaan ngantuk lalu beliau tertidur. Secara kebetulan, Safwan bin Al-Mu'attil As-Sulami Adh-Dhakwani yang ketinggalan ketika malamnya, telah bertolak ketika menjelang pagi dan dia terlihat kelibat manusia yang sedang tidur dan menghampirinya.

Disebabkan Safwan pernah terlihat muka Aisyah sebelum ini, maka dengan segera dia mengenali Aisyah lalu berkata "Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un" (Sesungguhnya kita daripada Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita kembali). Terdengar perkataan Safwan itu, lantas Aisyah terjaga lalu mengenakan hijab untuk melindungi auratnya sebagai isteri Nabi. Safwan tanpa berlengah lagi mendudukkan untanya dan menyediakan tempat untuk Aisyah pada unta tersebut. Setelah selesai, Aisyah menaiki unta tersebut sementara Safwan menuntunnya hingga mereka bertemu kembali dengan rombongan yang lain ketika sedang berehat di waktu tengah hari. Selepas ketibaan mereka di kota Madinah, Aisyah telah jatuh sakit selama sebulan. Ketika ini, orang ramai sudah mula menyebarkan khabar angin tentang kebarangkalian yang berlaku ketika Aisyah tertinggal berdua dengan Safwan. Disebabkan Aisyah sakit dan tidak keluar dari rumah, Aisyah tidak mengetahui sebarang perkembangan sehingga perkara ini menjadi parah dan sampai ke pangkuan suaminya sendiri.

Kegemparan di Madinah
Muslihat Kaum Munafiq
Di Madinah, terdapat golongan Munafiq iaitu jenis yang berpura-pura dalam agama Islam. Mereka sebenarnya tidak berpuas hati dengan kekuasaan Islam di Madinah dan pengaruh yang wujud. Maka, golongan Munafiq ini berusaha melaga-lagakan dua golongan yang telah bersatu iaitu golongan Ansar dan Muhajirin dengan cuba pengaruhi kaum Ansar untuk tidak lagi bersekutu dengan kaum Muhajirin, serta meninggalkan Islam dan kaum Muslimin. Mereka mendesak kaum Ansar untuk berhenti memberikan pertolongan kepada Muhajirin kerana sebahagian mereka berkata, berdasarkan yang diceritakan dalam firman Allah:

"Sungguh, jika kita kembali ke Madinah (kembali daripada Peperangan Bani Mustaliq), orang yang kuat pasti mengusir orang yang lemah di sana."

– al-Quran 63:8

Abdullah bin Ubay, yang merupakan salah seorang golongon Munafiq di Madinah, telah melihat Aisyah pulang bersendirian tanpa Rasulullah di sisi, malah bersama seorang pemuda asing. Baginya, dia telah jumpa peluang untuk memberikan tamparan kepada Nabi Muhammad S.A.W dan kaum muslimin. [4][5][6]

Ketika berita tuduhan dan fitnah itu sampai ke telinga umat Islam yang berpandangan bersih dan para sahabat yang terkemuka, mereka telah mengetahui bahawa perkara itu hanyalah rekaan dan fitnah semata-mata. Namun, tuduhan Abdullah bin Ubay telah dibenarkan oleh tiga orang lain iaitu Hassan bin Thabit, Hamnah binti Jahsy dan Mishtah bin Uthathah, padahal Hassan dan Hamnah tidak menyaksikan langsung peristiwa tersebut kerana keduanya tidak menyertai peperangan Bani Mustalaq. Hassan menyebarkan fitnah bermotifkan permusuhan peribadinya dengan Shafwan dan iri hati melihatkan kaum Muhajirin mendapat posisi yang lebih terhormat berbanding dengan kaumnya sendiri di Madinah.[7]

Hamnah binti Jahsy pula ialah seorang saudara perempuan kandung kepada Zainab binti Jahsy, isteri Rasulullah S.A.W. Beliau sangat mengetahui bahawa Rasulullah S.A.W lebih menyayangi Aisyah. Maka, untuk menjatuhkan martabat Aisyah di hati Rasulullah S.A.W dan mengalihkan cinta baginda kepada Zainab, Hamnah menyokong desa-desus yang tersebar mengenai keperibadian Aisyah.[8]

Mishtah pula sokongannya terhadap fitnah dan pembohongan ini tidak dapat dipastikan kerana beliau tidak mempunyai motif yang jelas untuk membenarkan tuduhan ini terutamanya kerana Mishtah itu pernah diasuh oleh Abu Bakar iaitu ayah Aisyah yang merasa kasihan melihatkan keadaan kehidupannya yang memerlukan perhatian. Apatah lagi, beliau masih lagi berhubungan rapat dengan Abu Bakar. Sehingga kini, motif Mishtah masih menjadi tanda tanya kebanyakan sarjana

Added to timeline:

2 months ago
0
0
2231

Date:

dec 30, 627
Now
~ 1398 years ago