33
/
AIzaSyAYiBZKx7MnpbEhh9jyipgxe19OcubqV5w
August 1, 2025
6604823
631310
2

jan 1, 626 - Perang Badar Kedua tidak berlaku

Description:

Januari 626 Masihi sumber dari http://seerahnabawiyyah.blogspot.com/2015/03/peperangan-badar-kedua.html

April 626 sumber dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Ahzab

Badar kedua/susulan.

http://seerahnabawiyyah.blogspot.com/2015/03/peperangan-badar-kedua.html

Memang tugas Muhammad (s.a.w) dan para sahabatnya untuk keluar di hari ini, untuk menghadapi Abu Sufian dan kaumnya, di sana akan dicorakkan kancah peperangan buat kali kedua, bagi menentukan mana satu kumpulan yang lebih benar dan lebih mampu untuk terus hidup. Di bulan Sya'ban tahun 4 Hijrah bersamaan Januari 626 Masihi Rasulullah pun keluar, sebagai menepati janji Abu Sufian dengan Baginda, dengan kekuatan seramai seribu lima ratus (1,500) askar, manakala kuda tunggangan sebanyak sepuluh ekor kuda, benderanya dibawa oleh Alt bin Talib manakala Abdullah bin Rawahah memikul tanggungjawab mentadbir Madinah semasa ketiadaan Rasulullah. Sesampainya di Badar Baginda pun berhenti dan tinggal di situ sementara menunggu ketibaan musyrikin Quraisy.

Adapun Abu Sufian telah keluar dari Makkah dengan kekuatan seramai dua ribu musyrikin Makkah dan kuda tunggangan mereka sebanyak lima puluh ekor kuda, hingga apabila mereka sampai ke Mar al-Zahran hanya satu marhalah dari Makkah maka mereka pun singgah di tempat berair yang bernama Mijannah. Sebenarnya Abu Sufian semasa hendak keluar pun sudah terasa keberatan, beliau memikir panjang tentang padah berperang dengan kaum muslimin, beliau terasa takut dan gerun, perasaannya dikuasai kehebatan kaum muslimin, sesampainya beliau di Mar al-Zahran jiwanya semakin lemah, oleh yang demikian beliau pun mencari helah untuk pulang semula ke Makkah, di sini beliau berkata kepada pengikutnya: Wahai kalian Quraisy sebenarnya untuk berperang tahun ini tidak sesuai, seeloknya di tahun yang subur, di musim menjaga tanaman dan ternakan, hinga dapat kamu meminum susu, tapi tahun ini tahun kemarau, aku hendak pulanglah semula, Ayuh pulang kamu semua. Nampaknya kegerunan dan ketakutan mencengkam perasaan-perasaan tentera Quraisy, dengan itu mereka semua berundur pulang hingga tidak berlaku sebarang perlanggaran pun, malah kesungguhan dari pihak Quraisy untuk berhadapan dengan kaum muslimin langsung tak ada.

Added to timeline:

2 months ago
0
0
2231

Date:

jan 1, 626
Now
~ 1400 years ago