mar 17, 624 - Badar
Description:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Badar
https://www.comp.nus.edu.sg/~siti/personal/pergas/PerangBadar.htm
"Pertempuran Badar yang dipimpin langsung oleh Nabi Muhammad
Pengusiran Bani QainuqaBerlaku penukaran kiblat (Qiblatain)
Rasulullah menikah dengan Hafshah binti Umar
Rasulullah menikah dengan Zainab binti Khuzaimah"
Perang Badar (Bahasa Arab: غزوة بدر), berlaku pada 17 Ramadan tahun Kedua Hijrah (2 H) (17 Mac 624 M)[1][2] di Hijaz, di bahagian barat Semenanjung Arab (kini Arab Saudi). Ia pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan titik perubahan dalam perjuangan Muhammad dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy[3] di Makkah. Pertempuran ini telah diturunkan dalam sejarah Islam sebagai kemenangan muktamad disebabkan campur tangan Ketuhanan atau kepintaran Muhammad. Walaupun ia salah satu daripada sedikit pertempuran yang disebut khusus dalam kitab suci Islam al-Qur'an, hampir kesemua pengetahuan semasa mengenai perang di Badar berasal daripada keterangan tradisional Islam, kedua-dua hadis dan sirah Muhammad, ditulis berdekad selepas pertempuran tersebut.
Added to timeline:
Date:
Geo: