Zaid Harithah & Zainab binti Jahsyi (1 lugl 625 anni – 1 dic 626 anni)
Descrizione:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Zainab_binti_Jahsyi
(kk. 590 – 641) ialah sepupu[1] dan isteri Muhammad
622 - suami pertama meninggal
625-626 Disember . - Perkahwinan dengan Zaid Harithah
Kehidupan Awal
Bapa Zaynab ialah Jahsy ibn Riyab, seorang penghijrah dari kaum Asad ibn Khuzayma yang menetap di Makkah di bawah perlindungan Bani Umaiyah. Ibu Zainab pula ialah Umamah binti Abdul Mutalib, ahli Bani Hashim dari kaum Quraisy dan saudara perempuan kandung kepada bapa Nabi Muhammad.[3] Maka, Zainab dan lima beradiknya ialah sepupun Nabi Muhammad.
Nama suaminya dari perkahwinan pertama tidak diketahui, tetapi dia meninggal pada tahun 622.[4] Pada masa itu, Zainab yang telah memeluk Islam, adalah salah seorang yang menemani saudaranya Abdullah berhijrah ke Madinah.
https://quranwbw.com/33#36
Perkahwinan Kedua
Sekitar tahun 625, Nabi Muhammad meminang Zainab untuk dikahwinkan dengan anak angkat baginda, Zaid bin Harithah. Zaid telah dilahirkan ke dalam Bani Kalb tetapi ketika kecil, beliau telah diculik oleh pedagang hamba. Beliau telah dijual kepada anak saudara Khadijah binti Khuwailid, yang kemudian memberinya sebagai hadiah perkahwinan kepada suaminya, Muhammad. Selepas beberapa tahun, baginda membebaskan Zaid dan menjadikan beliau sebagai anak angkat.[6]
Zainab, yang disokong abangnya Abdullah, pada mulanya menolak peminangan tersebut atas dasar, "Saya adalah balu orang Quraisy."[7] Mereka mungkin merujuk yang status sosial Zainab yang terlalu tinggi untuk dikahwinkan dengan seornag bekas hamba. Ibnu Kathir menyatakan bahawa perbezaan inilah yang menyebabkan Muhammad mahu perkahwinan ini diatur:
"Rasulullah S.A.W tahu benar yang kedudukan seseorang di sisi Allah lebih penting, berbanding kedudukannya di mata manusia ... perkahwinan mereka akan menunjukkan bahawa tidak kira siapapun nenek moyang mereka, kedudukan di sisi Allah itu lebih utama."[8]
Juga dikatakan yang baginda mahu menjalinkan kesahihan dan hak untuk mereka yang menjadi keluarga angkar agar dilayan sama.[9] Menurut, William Montgomery Watt, kedudukan Zaid adalah tinggi pada pandangan Nabi Muhammad.
"Beliau tidak rasakan yang Zaid itu tidak cukup bagus. Beliau ialah seorang wanita yang berwawasan, namun, mungkin beliau berhasrat untuk dikahwini oleh Muhammad; atau dia mahu dikahwinkan dengan seseorang yang Muhammad tidak mahu keluarga lelaki itu untuk begitu rapat."[10]
Aggiunto al nastro di tempo:
Data:
1 lugl 625 anni
1 dic 626 anni
~ 1 years and 5 months