4 magg 1862 anni - Herman Oppenheim bantu Said Pasha
pinjam Eropah utk Terusan Suez.
Descrizione:
PERMULAAN KEJATUHAN MESIR
Tahun kritikan kejatuhan Mesir adalah pada era 1860-an ketika Mesir dibawah pemerintahan Ismail Pasha. Memandangkan Ismail sangat berkeinginan melihat negaranya maju seperti negara2 Eropah lain (ditambah dgn beliau sendiri yg berpendidikan Eropah), maka kesempatan ini diambil Rothschild melalui agen2nya yg berada di Mesir.
Projek pembinaan Terusan Suez pemerintahan dinasti Ali Pasha dijalankan oleh jurutera Perancis, Ferdinand de Lesseps. Kos projek ini meningkat berjuta2 pound setiap tahun akibat peperangan.
Pada 1862, agen Rothchild di Mesir, Herman Oppenheim telah membantu Said
Pasha mendapatkan pinjaman kewangan daripada bank Eropah. Said Pasha memerlukan pinjaman tersebut bagi meneruskan pembinaan Terusan Suez.
Kemudian pada 1864, Herman sekali lagi menguruskan pinjaman kewangan untuk kerajaan Mesir sebanyak 5,700,000 pound. Jumlah yg diberikan kepada Mesir hanya 4,660,000 pound sahaja yg mana bunga bank telah ditolak awal-awal lagi. Sebagai cagaran kepada pinjaman besar itu, Ismail Pasha bersetuju menyerahkan hasil maksum tiga kawasan dagangan di Mesir.
Setahun selepas itu, Ismail Pasha membuat pula ''pinjaman peribadi'' (Personal Loan) di Anglo-Egyptian Bank sebanyak 3,387,000.
Tetapi jumlah tunai yang diterima hanyalah 2,750,000 setelah ditolak bunga bank. Separuh dari pinjaman ini digunakan untuk membeli hartanah dan separuh darinya utk membeli kilang memproses gula.
Pada 1866, kerajaan Mesir membuat beberapa pinjaman besar dari Messr Fruhling & Goschen bagi menanggung projek mega Mesir iaitu pembinaan landasan keretapi. Dalam pinjaman ini juga, Mesir hanya menerima 2,640,000 daripada perjanjian asal sebanyak 3,000,000 pound.
Aggiunto al nastro di tempo:
Data: