33
/it/
AIzaSyAYiBZKx7MnpbEhh9jyipgxe19OcubqV5w
August 1, 2025
6644725
631310
2

10 feb 630 anni - Umrah III Ja'narah

Descrizione:

Perang Hunain > Pengurusan Rampasan Hunain di Ja'narah > UMRAH JA'RANAH Dzul Qaidah 8H



Setelah Rasulullah saw selesai dengan semua urusan perang Hunain, iaitu membagi-bagi tawanan dan rampasan perang di Ja'narah, iaitu sebuah kampung jarak satu marhalah dari Mekkah, dan Ja'ranah itulah miqat (tempat di mana semua orang yang Umrah dan haji harus mengenakan pakaian ihram, atau boleh dikatakan batas tanah haram) bagi penduduk Thaif, lalu Rasulullah saw memakai pakaian ihram untuk mengerjakan ibadat Umrah. Sesudah berumrah beliau kembali ke Madinah. Dan itu adalah pada bulan Dzul Qaidah tahun 8 Hijriyah


-------------------------------------



Barang Rampasan dan Cara Pembahagian Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kembali ke Ji‘ranah untuk membahagi barang-barang rampasan dan para tawanan dari Hawazin di perang Hunain. Kemudian utusan kaum Muslimin dari Hawazin datang kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم meminta agar harta dan para tawanan yang ada diserahkan kepada mereka. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم berkata kepada mereka: “Bersamaku orang-orang yang kalian saksikan. Perkataan yang paling aku sukai adalah yang paling jujur, maka pilihlah salah satu dari dua perkara: Harta atau tawanan. Sesungguhnya aku sengaja menunda pembahagian rampasan kerana mengharapkan keIslaman kalian.“ Nabi صلى الله عليه وآله وسلم telah menunggu mereka selama 10 malam lebih sekembalinya dari Thaif.

Mereka berkata: “Wahai Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , engkau telah menyuruh kami memilih antara sanak saudara kami dan harta kami. Kami lebih menyukai sanak saudara kami.“ Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pergi menemui kaum Muslimin. Setelah memanjatkan puji syukur ke hadirat ALLAH, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Amma ba‘du, sesungguhnya saudara-saudara kalian telah datang bertaubat dan sesungguhnya aku berpendapat untuk mengembalikan tawanan kepada mereka, kerana itu barangsiapa di antara kalian yang menganggap baik, hendaklah berbuat sebagaimana yang dimahukannya. Barangsiapa yang hendak mempertahankan haknya atas ghanimah yang telah kami berikan, boleh dia berbuat demikian.“

PART NI BOLEH DIBINCANGKAN

1. NABI BERPENDAPAT untuk kembalikan tawanan sahaja.

2. "Barangsiapa yang hendak mempertahankan haknya atas ghanimah yang telah kami berikan, boleh dia berbuat demikian.“

------

Kaum Muslimin menjawab: “Ya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , kami berpandangan pendapatmu yang terbaik.“ Baginda صلى الله عليه وآله وسلم melanjutkan: “Kami tidak mengetahui siapa di antara kalian yang mengizinkan (hamba tawanan yang dibahagi-bahagikan sebelum ini dikembalikan) dan yang tidak mengizinkan, pulanglah dahulu sehingga para pemimpin kalian menyampaikan persoalan kalian kepada kami.“ Kemudian kaum Muslimin pulang untuk berunding dengan para pemimpinnya masing-masing. Setelah itu mereka kembali lagi menghadap Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan menyampaikan kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bahawa mereka berpendapat pandangan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم itu yang terbaik dan mengizinkan tawanannya dikembalikan. Akhirnya tawanan-tawanan itu dikembalikan kepada Hawazin.

Aggiunto al nastro di tempo:

2 mesi fa
0
0
2231

Data:

10 feb 630 anni
Adesso
~ 1396 years ago