1 jul 625 año - Pengusiran Yahudi Bani Nadhir
Descripción:
https://quranwbw.com/59
Bani Nadhir adalah kabilah Yahudi yang tinggal di wilayah Utara Jazirah Arab, di sebuah kawasan yang dahulu dikenal dengan nama Yathrib. Mereka tinggal di wilayah tersebut sehingga nama kota itu digantikan dengan nama Madinah an-Nabawiyah. Pada abad ke-7 M, mereka pun diusir dari wilayah yang telah lama mereka diami kerana khianat dalam perjanjian yang telah mereka persetujui.
Sebelum kedatangan Nabi Muhammad ﷺ ke Kota Madinah, kabilah-kabilah Yahudi seperti Bani Qainuqa’, Bani Quraizhah, dan Bani Nadhir sering terlibat dalam perselisihan yang kadangkala menyebabkan peperangan berlaku dengan kabilah-kabilah besar Arab di sana, antaranya Aus dan Khazraj. Di antara mereka, ada yang bersekutu dengan Aus untuk memerangi Khazraj, demikian pula sebaliknya. Ada yang bersekutu dengan Khazraj untuk memerangi Bani Aus. Sehinggakan pada suatu hari, orang-orang Yahudi Yathrib ini berdoa,
اللهم ابعث هذا النبي الذي نجده مكتوبا عندنا حتى نغلب المشركين ونقتلهم
“Ya Allah, utuslah kepada kami seorang Nabi yang kami dapati tercatat dalam kitab kami (Taurat), hingga kami boleh mengalahkan dan membunuh orang-orang musyrik (Arab).”
Mereka berdoa agar Allah mengutus Rasul kepada mereka. Tatkala Allah mengutus Rasul tersebut dari bangsa Arab, dan bukannya dari kalangan mereka, maka mereka pun mengkufurinya kerana hasad dengki mereka terhadap bangsa Arab. Walaupun mereka mengetahui bahawa lelaki Arab itu (Nabi Muhammad ﷺ) adalah utusan Allah.
https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/02/08/surah-al-hasyar-kisah-pengusiran-kaum-yahudi-bani-nadhir/
https://www.penaminang.com/2014/08/pengusiran-yahudi-bani-nadhir-dari.html
Añadido al timeline:
fecha: