30
/pt/
AIzaSyAYiBZKx7MnpbEhh9jyipgxe19OcubqV5w
April 1, 2024
3755247
343901
2

1 jan 693 ano - Perjuangan Abdullah Bin Zubair

Descrição:

73H

Abdul Malik Bin Marwan pemerintah Umaiyah

Abdullah Bin Zubair mempunyai kekhilafahan kecil di Mekah

Abdul Malik menghantar tentera ke Mekah untuk menggempur Abdullah. Kesilapan Abdul Malik menghantar Hajjaj Bin Yusuf As-Saqafi

Hajjaj pergi ke Mekah untuk haji pada tahun 72H. Sampai di Mekah, Hajjaj berkata tahun ini, semua orangkena mengikutnya (untuk mengetuai haji). Di dalam jemaah haji ada anak Saidina Umar (Abdullah Bin Umar). Seorang pegawai menceritakan hal ini kepada Abdul Malik. Abdul Malik memarahi Hajjaj, dan menyuruh Hajjaj mengikut Abdullah Bin Umar.

Tahun 73H, Hajjaj mengepung Mekah dengan puluhan ribu tentera (Hajjaj mengumpulkan tentera dari beberapa tempat termasuk dari Palestin, Habsyah). Sekat makanan dan minuman. Membawa manjanik (catapult).

Hajjaj menyerang Mekah sehingga Kaabah runtuh. (Kaabah pernah runtuh pada tahun 63H, Abdullah Zubair yang membina semula Kaabah dengan 2 pintu)

Abdullah Bin Zubair berjaya membunuh ribuan tentera Hajjaj.

Setelah dikepung beberapa lama, seorang demi seorang meninggalkan Abdullah Bin Zubair

Ada seorang lelaki bertemu Abdullah dan memintanya berhenti melawan.

Riwayat oleh ramai : Semasa melontar manjanik ke dalam Mekah, berlaku ribut, guruh dan petir. Petir sambar 12 (mati) orang tentera Syam. Tentera berhenti menyerang. Lalu berkata Hajjaj “aku tahu pasal negeri ini. Ini ribut Tihamah. Ribut ini ribut hukum alam (semulajadi). Di sebalik ini, tentera Abdullah Bin Zubair juga disambar petir”. Dan esoknya, petir menyambar 3 (mati) orang di pihak Abdullah. Hajjaj pun berkata “bukankah aku dah kata kepadamu, ini hukum alam”.

Keesokannya (sambung perang), tentera Hajjaj melontar manjanik, tetapi petir menyambar (intercept) manjanik yang dilontar di langit.

Semua tentera berhenti mnenyerang. Lalu Hajjaj berkata “Kamu tak baca sirah ke? Habil buat korban (haiwan yang gemuk) disambar api kan? Api makan haiwan habil bermaksud korban diterima. Manjinik kita juga disambar api, maka Allah menerima amalan anda”.

Tentera Hajjaj menyerang lagi sehingga keluar pengikut Abdullah sehingga keluar dua orang lelaki iaitu anak Abdullah (Hamzah dan Khubaib).

Tinggal 4-5 orang pengikut setia dan seorang perempuan tua dan buta iaitu Asma Bin Abu Bakar As - Sidddiq (Ibu Abdullah Bin Zubair)

Abdullah berjumpa ibunya dan bertanya “semua orang tinggalkan aku sehinggakan dua orang cucumu telah tinggalkan aku, apa pendapatmu?”. Ibunya menjawab “wahai anakku, kalau kamu rasa kamu betul dan berdiri di atas landasan yang betul, teruskanlah. Mak di belakangmu”.

Malam itu, Abdullah sembahyang berterusan sehingga 3-4 pagi dan memanggil Said (seorang pengikut) untuk Azan Subuh. Dalam sembahyang subuh, Abdullah membaca Surah Lut.

Selepas sembahyang, (Pengikut-pengikut Abdullah Bin Zubair memakai topeng) Abdullah berkata “aku merasa hari ni hari terakhir aku akan pergi, tadi aku terlelap sebentar dan bermimpi pintu langit terbuka dan rohku dibawa naik ke atas. Wahai pengikut ku, bolehkan buka topeng kamu”. Apabila topeng dibuka, mereka berpeluk. Abdullah memberi pesan supaya taqwa kepada Allah dan pesanan-pesanan lain.

Selepas berisap untuk berperang, Abdullah berjumpa ibunya dan peluk ibunya lalu berkata “mak, aku pergi dan tak akan balik”. Kemudian Abdullah memeluk ibunya. Ibunya merasa besi lalu berkata “wahai anakku, ini baju apa? Ini bukan baju orang yang nak syahid. Kalau nak mati syahid, buka baju besi ni. Ini baju orang yang takut mati syahid, takut kepada tuhannya“. Aku pakai kerana demi mak, tak mahu kau bersusah hati” kata Abdullah. Ibunya berkata “aku lagi susah hati kau hidup macam ni”.

Maka Abdullah buka baju besinya. Dan memperingatkan Abdullah untuk ketatkan seluar ditakuti aurat terbuka. Setelah salam dan peluk, Abdullah meminta pengikutnya ke tepi dan berkata “marilah berlawan, aku anak hawariy (gelaran pelindung Rasullullah - Zubair Al-Awam)”

Abdullah Bin Zubair seorang sahja mampu membunuh ribuan tentera Hajaj. Sehinggakan beliau mengatakan tidak ada kah seorang pun yang mampu mengalahkan aku. Aku ingin menghadap Allah. Lalu seorang tentera membaling batu, kena kepalanya lalu beliau jatuh (kaki pula terikat ketika jatuh di paras paha). Ketika ingin bangun, datang pemuda Syam memotong kedua kaki (di atas lutut) Abdullah dan satu tangan diikat (tangan sebelah lagi masih memegang pedang dan berlawan).

Menurut riwayat Thobari, Ibnu Kathir, Ibnu Jauzi :
Ribuan tentera menyerbu Abdullah Bin Zubair bagai menyerbu binatang dengan pedang dan tombak lalu mencucuk & menikam Abdullah Bin Zubair yang dalam keadaan tiada kaki, tangan diikat. Akhirnya terlepas pedang dari tangan Abdullah lalu syahid. Selepas mati, tentera Hajjaj menyembelih kepala Abdullah Bin Zubair dan dibawa ke Hajjaj.

Timbalan Hajjaj bernama Thariq berkata “Demi Allah, selepas ini ibu-ibu tidak akan melahirkan lelaki sekuat ini”. Lalu Hajjaj membalas, “kenapa kamu memuji musuh?”, Thariq menjawab “Benarkan, beliau memang sangat kuat!”

Dicatatkan dalam sejarah, bergegar Mekah kerana tangisan. Air mata Mekah yang basah di tanah Mekah membasuh darah Abdullah Bin Zubair.

Hajjaj menyalib badan Abdullah Bin Zubair di tiang Kaabah untuk tunjuk kepada orang Mekah, inilah nasib orang yang melawan khalifah.

Ibnu Umar (Abdullah Bin Umar) lalu di sebelah badan Abdullah Bin Zubair lalu menangis dan memberi jaminan dan berdoa “awaklah lelaki soleh, orang beriman, Allah & rasul sayang kepadamu”.

Orang Mekah bertambah sayang kepada Abdullah Bin Zubair dan sedih berikutan kata-kata Ibnu Umar. Apabila Hajjaj melihat situasi ini, dia mengarahkan tentera untuk menurunkan badan Abdullah Bin Zubair.

Hajjaj naik ke mimbar (sekali lagi Hajjaj memusingkan kata-kata) “Demi Allah aku menjadi saksi Abdullah Bin Zubair adalah lelaki terbaik dalam ummat ini, dan Mekah adalah tanah terbaik di atas dunia. Tetapi ketahuilah kamu manusia terbaik yang dijadikan Allah adalah Nabi Adam, dan tempat terbaik yang diciptakan adalah syurga. Kerana melawan perintah syurga, Adam dibuang dari syurga. Kerana Abdullah Bin Zubair melawan perintah khalifah, dia dibuang dari Mekah. Takkanlah Adam lagi hina dari Abdullah Bin Zubair. Takkan lah syurga lagi hina dari Mekah. Kalau Adam pun boleh dibuang dari syurga, apa salah aku buang Abdullah Bin Zubair dari Mekah. Bukan kerana aku tak sayang kepadanya, kerana nak mengelakkan orang melawan arahan. Kerana Abdullah Zubair melanggar perintah. Sepertimana Adam melanggar perintah syurga”.

Lalu Hajjaj berjumpa Asma Binti Abu Bakar lalu berkata “inikah emak Abdullah Bin Zubair?”. Asma menjawab “engkau telah merosakkan dunia anakku tetapi anakku telah merosakkan akhirat kamu”. Lalu Asma membacakan hadith nabi berkenaan 2 orang jahat yang akan keluar dari Bani Thaqif. Hajaj tersentak lalu pergi.

Asma meninggal dunia selepas beberapa bulan kematian Abdullah Bin Zubair.

Adicionado na linha do tempo:

14 fev 2020

Data:

1 jan 693 ano
Agora
~ 1332 years ago