4 Mai 1868 Jahr - Mesir pinjam lagi dengan
khidmat Herman.
Beschreibung:
Pada 1866, kerajaan Mesir membuat beberapa pinjaman besar dari Messr Fruhling & Goschen bagi menanggung projek mega Mesir iaitu pembinaan landasan keretapi. Dalam pinjaman ini juga, Mesir hanya menerima 2,640,000 daripada perjanjian asal sebanyak 3,000,000 pound.
Pada 1867, Ismail Pasha membuat lagi pinjaman peribadi daripada Imperial Ottoman Bank milik Perancis sebanyak 2,080,000 dalam usaha membeli lebih banyak kawasan tanaman tebu untuk perniagaan gulanya.
Tetapi Ismail hanya diberikan 1,700,000 pound secara tunai,
Pinjaman peribadi dibuat lagi oleh beliau pada 1870 dengan kadar 7,143,000.
Pinjaman terus-menerus saban tahun yang dilakukan pemerintah Mesir telah mengakibatkan hutang negara meningkat dengan mendadak sedangkan pendapatan negara tidak seberapa. Pemeritah Mesir ketika itu tidak mahir ilmu perbankan kewangan, mereka tidak faham cara berniaga Yahudi-Freemason bidang perbankan. Formula ekonomi Yahudi Rothschild ialah meningkatnya hutang kerajaan terhadap bank maka meningkatlah kadar ''penguasaan hartanah'' negara Mesir.
Kemudian pada 1868, kerajaan Mesir membuat lagi pinjaman sebanyak 11,890,000 dengan kadar bunga yang sangat tinggi. Jumlah tunai yang diterima ke dalam akaun hanyalah 7,195,000 sahaja. Pinjaman besar ini menggunakan khidmat Herman.
Pada 11 Jun 1873, kerajaan Mesir telah membuat pinjaman paling besar sepanjang pemerintahannya iaitu 32 juta pound dengan kadar bunga tahunan yang paling tidak munasabah iaitu 20 peratus setahun.
Kita amat hairan mengapa hutang dibuat hampir setiap tahun? Adakah kerajaan Mesir tidak sedar bahawa pendapatan Mesir tidak mampu melangsaikan semua hutang tersebut dalam masa singkat? Dan mengapa pula bank-bank Rothschild terus-menerus meluluskan pinjaman sedangkan mereka tahun Mesir tidak mempunyai pendapatan yang banyak untuk membayar balik?
Ismail Pasha juga menggunakan wang tersebut untuk menampung kos hidup mewahnya seperti pengubahsuaian istana beliau dan barang-barang mewah.Dalam hal membuat pinjaman yg banyak ini, Ismail tidak melihat hasil maksum tahunan negara. Beliau seronok menghabiskan wang dgn usaha pemodenan yg boleh memberikan publisiti kepada pemerintahannya.
Zugefügt zum Band der Zeit:
Datum: