33
/de/
AIzaSyB4mHJ5NPEv-XzF7P6NDYXjlkCWaeKw5bc
November 1, 2025
3752747
343901
2
Public Timelines
FAQ Das Premium bekommen

1 Jan 681 Jahr - Tragedi Karbala

Beschreibung:

61H

Saidina Hussein terima surat-surat dari Kufah meminta beliau datang ke Kufah untuk dilantik jadi khalifah untuk lawan Yazid. Hussein masih skeptikal kerana peristiwa pembunuhan bapanya Ali

Hussein hantar sepupunya Muslim Bin Aqil untuk untuk cek keadaan Kufah. 18000 orang Kufah yang mahu Hussein jadi Khalifah. Muslim menghantar surat ke Hussein.

Yazid pula mendapat tahu, dan memecat Gabenor Kufah, Ni’man Bin Basyir dan melantik Ubaidillah Bin ZIyad.

Ubaidillah datang ke rumah Hanif dan mencari Muslim, Hanif menyembunyikan Muslim.

Ubaidillah menghantar intelligence bernama Muqil, menyamar sebagai pemipin gerakan dari Syam yang nak angkat Hussein sebagai khalifah. Hanif memberitahu Muqil, Muslim ada di rumahnya

Ubaidillah dan Muqil datang ke rumah Hanif dan menekannya untuk menyerahkan Muslim. Hanif berkata “ kalaulah Muslim di bawah kaki aku, walau kau pukul aku, aku takkan angkat kaki aku”. Hanif ditangkap dan dipenjara

Muslim memimpin penyokong Hussein di Kufah untuk menuntut Hanif dibebaskan. Lalu pergi kepung Ubaidillah. Ubaidillah berkata “kamu semua mahu melawan aku Gabenor, di belakang kamu ratus ribu tentera Umayyah dalam perjalanan. Tentera kami sampai, seorang pun aku tak tinggal”.

Ribuan orang Kufah meninggalkan Muslim seorang diri. Muslimberseorang, tidak makan & minum. Dibiarkan merempat.

Ubaidillah bin Ziyad menyalib Muslim Bin Aqil. Bani Hasyim pertama mati disalib.

Ketika ini, hussein & 70 orang ahli rombongan menuju ke Kufah. Dalam perjalanan seorang pendeta. Hussein bertanya kepadanya akan perjalanan ke Kufah. Pendeta menjawab “wahai cucu rasullullah, jangan pergi, walaupun orang kufah sayang pada kau, walau hati mereka ada pada engkau tetapi pedang mereka ada pada mereka”. Hussein teruskan juga perjalanan.

Hussein bertemu dengan seorang panglima bernama Hurru Bin Yazid. Meminta Hussein untuk pulang dan jangan bergaduh. Hussein menjawab “tak apa, aku mahu berjumpa sepupuku”. Hurru berkata, “wahai Hussein, Muslim telah dibunuh (orang Kufah tidak membelanya”. Hussein menjadi marah.

Hussein teruskan perjalanan dan berjumpa dengan Umar Bin Saad Bin Abi Waqqas. Umar berkata “wahai cucu rasulullah, tolonglah lindungi aku dari memerangi engkau”. Hussein menjawab “aku datang bukan untuk berperang, aku mahu tahu ceirta sebenar, sepupuku dibunuh tanpa dibela oleh orang Kufah”. Ketika ini anak-anak Muslim mendengar cerita ini dan menangis.

Huruu berkata, “apa yang kamu mahu?” Hussein menjawab “tolong berikan kepada Yazid 3 pilihan iaitu Yazid membenarkan aku pulang ke Mekah atau hantar aku berjuang atau berjumpa dengan Yazid di Damsyik”.

Umar menceritakan perkara ini kepada Ubaidillah. Dan Ubaidillah bersetuju.

*Sejarahwan berpendapat Saidina Hussein menuju ke Damsyik untuk bertemu Yazid.

Ketika Hussein sampai di Karbala, seorang lelaki bernama Syamru Bin Zi Zau Shan pergi jumpa Ubaidillah dan mencucuk Ubaidillah.

Ubaidillah menghantar Syamru berjumpa Umar menyatakan arahan Ubaidillah untuk menengkap Hussein. Hussein tidak mahu.

Esoknya, berlaku perang Karbala. Tentera Umayyah 5000 orang vs 50-70 orang rombongan Hussein.

Hurru berjumpa dengan Hussein dan meminta maaf sebelum berperang. Hurru menyertai Hussein.

Saidina Hussein membaca surat “Wahai penduduk Kufah, kamu yang memanggil aku. Tetapi ketika aku dikepung, mana kamu?”

Semua ahli romobngan mati. Tinggal Hussein seorang kerana tiada siapa membunuh Saidina Hussein

Seorang Sinnan Bin Anas Al-Khana’i (setengah ahli sirah mengatakan Sinnan ini Iblis), Sinnan menhentak pedang di tengkuk Hussein lalu jatuh. Ribuan orang berkerumun dan memukul Hussein. Ketika Hussein bangun, Ubaidillah memancung kepala Hussein. (Ada yang mengatakan Sinnan yang pancung)

Ubaidillah ambil kepala Hussein, bawa balik ke istananya dan tikam muka Hussein. Anas Bin Malik nampak lalu berkata “Muka yang kau tikam tu muka yang dicium dan dicintai Rasulullah”. Ubaidillah menjawab “Aku nampak kau ni tua, kalau muda dengan kau aku bunuh”.

Perkara ini sampai ke pengetahuan Yazid dan memarahi Ubaidillah. “Aku tidak suruh kau membunuh cucu Rasulullah, aku meminta kamu untuk selesaikan masalah”.

*Sejarah Syiah - Selepas kepala Hussein dipancung, hujan darah turun dan tiada batu-batu yang tidak dilumuri darah.

(Baca kisah Mukhtar As-Saqafi)


Yang terselamat : Ali Zainal Abidin Bin Hussein

Zugefügt zum Band der Zeit:

14 Feb 2020
1
0
772

Datum:

1 Jan 681 Jahr
Jetzt
~ 1345 years ago